Wednesday, 11 September 2013

2 bulan aku akan jauh dari dia. Pedih Ya Allah..

Ya 2 bulan aku jauh dari dia. 2 bulan aku tak dapat tengok muka dia depan aku walaupun tak bertegur. 2 bulan aku tak dengar suara dia depan aku walaupun tak bertegur. 2 bulan aku tak dapat dengar dia ketawa depan aku walaupun dia bukan ketawa dengan aku mcm dlu. 2 bulan. 2 bulan. 2 bulan kalau aku dapat lupakan dia mmg temph yang singkat aku jauh dari dia, tapi kalau aku masih tak dapat lupakan dia? 2 bulan tu tempoh yang agak lama aku jauh dari dia.
Walaupun kita tak bertegur mcm dlu, sekurang-kurangnya saya dpaat tengok awak depan mata saya pun dah cukup untuk saya awk. Tapi ini 2 bulan Ya Allah 2 bulan dengan tak contactnya mcm dlu. Pedih. Sangat pedih. Saya tak tahu awk mcm mana dkat sana, sihat ke tak. Saya tak boleh tengok dengan mata kepala saya sendiri. Mcm yang saya cakap, saya hanya mampu care pasal awk melalui kawan awk sahaja. Ujian Allah untuk kau F. Kau kena kuat :')
Sampai sekarang hampir setiap hari awak mesti ada dalam ingatan saya. Saya tak tahu macam mana nak lupakan awk. Saya rindukan awk tapi awk takkan tahu benda tu :') InshaAllah saya akan cuba tahan sakit ni semua, saya akan sabar selagi saya mampu walaupun saya tahu tak ada harapan lagi untuk saya dapatkan kembali keadaan kita yang dlu :')


                                                                                          I just want you to be with me.                                        

3 hari lagi. alaaa :(

3 hari. 3 hari sahaja lagi 3 hari tau. 3 hari tahu tak? Oh no way man 3 days left for me omg :( Haah 3 hari je lagi F dkat rumah then F practical dkat KPJ Pteri Specialist Jb for 2 months. And within 2 months ni jugaa F akan berpecah dgn classmates F. Diorang semua posting sampai ke utara sana. I'm juts gonna miss them so much. seriously :(
Yelaa dah 4 bulan semua sama sama, study sama sama, makan sama sama, gossip sama sama. semuanya sama sama and now is the time. Masa ni lah masing masing akan berpecah untuk 2 bulan and cari pengalaman pertama di hospital masing masing. Penagalaman pertama mmg sukar tapi menyeronokkan kalau kita minat sesuatu perkara tersbeut. Cuma yela tipulah tak rasa sunyi kan tiba tiba classmates ada sama sama dgn kita but kali ni tak. Cuma sesetengah yang stay sama hospital dgn F jelaa tu pun 10 orang kot if I'm not mistaken. Tapi inshaAllah pejam celik sekejap je 2 bulan tu. 2 bulan tu mmg kitaorg hanya mampu skype jela. and for sure after balik je dri hospital after 2 months tu, mesti ada je cerita yang nak digossipkan sama sama hahha normal lah tu kan. Rindu itu semestinya :') F panggil classmate F Keluarga 89 hahaha sbb classmates F total 89 orang and 3 tahun kitaorg sama sama. semuanya sama sama so mmg mcm family lah gaduh mcm mana pun 3 tahun akan menghadap muka yang sama so inshaAllah mesti akan berbaik semula :')
So 3 hari je tinggal untuk F dkat rumah ni tehn F dah pergi hospital dah. So Keluar 89, korang jaga diri okay? All the best and be the best student nurse. InshaAllah we can do this together even in the different hospital but we're still family. So lets do it together and dont lose hope. :')


                                                                                                                  Much Love.

Tuesday, 10 September 2013

I miss our old friendship babe :(

Yes I really miss our old friendship. F rindu sangat dengan persahabatan kita yang dulu. Mana semua tu? Mana gelak tawa kita sama sama dalam class, on the phone? Ya Allah pedihnya hati ni bila sesuatu persahabatan tu hilang mcm tu je. Pedih. Sangat pedih ya Allah. Tapi apa yang F boleh buat? Tak ada apa melainkan doakan yang terbaik untuk persahabatan kita ni. F rindu semua yang dulu tersangat rindu. Setiap titis air mata F yang menitis dari mata F, banyak maknanya tentang persahabatan kita. Ya, mungkin salah F yang menyebabkan persahabatan kita jadi mcm ni tp bukan ini yang F nak. F tak pernah minta untuk jadi mcm ni. Tak pernah sekali pun Ya Allah. Ya, F silap langkah sebelum ni tapi F cuma manusia biasa je yang akan melakukan kesilapan. Mungkin ini semua salah F mmg salah saya, awk. Maafkan saya :') Tapi walaupun awk berubah jadi mcm begini, saya tahu itu bukan apa yang awk minta. Awk pun cuma manusia biasa je. Manusia pasti akan berubah, saya tahu tu. Saya sentiasa ingat itu awk :') Saya takkan pernah paksa awak untuk terima saya. Takkan pernah awk sebab saya tahu kita tak boleh paksa orang untuk sayangkan kita. Tapi apa yang menyeksa diri saya ialah saya kehilangan persahabatan kita yang duu dan awk terutamanya. Saya "hilang" awk yang dulu. Itu sangat menyeksa diri saya, awk. Kalau diberi peluang saya takkan minta lebih. Saya cuma minta persahabatan kita kembali seperti dulu. Itu je dah cukup memadai untuk saya awk. Tapi mungkin memakan masa yang agak lama untuk kita jadi seperti dulu. Yang saya mampu buat sekarang ni cuma sujud dan berdoa pada Allah SWT untuk kekalkan persahabatan kita ni walau apa pun halangan yang menimpa. Gaduh mcm mana sekali pun, inshaAllah sesuatau persahabtan itu akan kekal. Ya, mungkin kita tak gaduh sekarang. Tapi kita tak bertegur seperti dulu. Gelak tawa, kongsi masalah, makan bersama semua hilang dlm pandangan saya. Sekelip mata. Cuma Allah je yang tahu betapa sakitnya saya untuk menghadapi semua ini tapi saya tahu Allah uji saya dengan ujian sebegini kerana Allah tahu saya mampu untuk bertahan dan Allah saya kuat untuk hadapi semua ini. Saya redha atas setiap kejadian kerana Allah SWT. Allah yang mencipta saya, maka Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk saya. Semoga persahabtan kita akan kembali seperti dulu dan akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.. :')

Manisnya sesuatu "Ujian" Allah :)

Manisnya sesuatu "ujian" yang Allah turunkan kepada kita sebagai hamba-Nya. Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita itu ada hikmahnya. Kan? :') Tapi kita ni semua manusia yang lemah, yang takkan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Setiap kali ada masalah, kita pasti akan mempersoalkan kenapa Allah uji kita mcm ni. Kenapa itu ini banyak sangat kenapa akan keluar. Benda tu pun jadi pada F jugaa, selalu sangat. Tapi bila kita duduk sorang sorang, kita fikir balik and renungkan balik. Tak baik kita mempersoalkan kenapa Allah uji kita dengan ujian sebegitu. Sekali kita persoalkan ujian Allah pada kita tu, umpama kita tak boleh terima kenyataan. Sedangkan Allah uji kita tu sebab Allah nak uji kekuatan kita, cinta kita pada Dia. Allah takkan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya itu lemah. Allah tahu kekuatan kita dan Allah tahu kelemahan diri kita. Alllah SWT Maha Mengetahui. Allah tahu semuanya tentang diri kita lebih dari kita tahu diri kita sendiri dan orang lain tahu diri kita. Setiap ujian yang Allah turunkan pada kita itu ada pengajarannya, ada hikmahnya. Walau pahit mana sesuatu ujian Allah pada kita, Allah tetap akan bagi yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. InshaAllah.. Kita manusia selalu leka dengan nikmat yang Allah dah berikan pada kita sama juga dgn F. F tersangat leka dengan semuanya. Itu semua bisikan syaitan tp kalau iman kita kuat, inshaAllah kita boleh lawan semua tu. Allah sayangkan kita sebab tu Dia uji kita dengan pelbagai jenis ujian. Lagi berat ujian Dia bagi, lagi sayang Dia pada kita dan lagi dekat kita pada Dia. Mcm F skrg mmg "sakit". F cukup sakit sbb tak "hilang" kechik tp F kena cuba juga untuk tahan, sabar and kuat sbb F tahu ada hikmah benda ni semua jadi. F tahu Allah sayangkn F sbb Allah uji F. Kalau ni balasan yang F dapat atas segala salah silap F yang lepas, F terima dgn hati yang ikhlas. F redha :') F cuma manusia biasa yang hina di sisi Allah. F lemah. F sangat lemah F tak mampu buat apa apa melainkan doa, sujud dan mohon pada Allah untuk permudahkan segalanya. F tahu Allah sentiasa ada dengan F. F tahu tu. Mmg F cukup sakit sekarang sometimes F mcm dah penat tp bila difikir balik, ini ujian Allah untuk F. Ini bahagian F jadi F tak boleh cepat mengalah. F kena kuat depan kechik walaupun sebenarnya F sakit. Tersangat sakit Ya Allah. Allah je yang tahu semuanya. Allah tahu betapa peritnya apa yang F lalui ni tapi berat mana pun ujian yang kita dapat, kita kena ingat. Ada lagi orang yang lagi susah dari kita :')

I wish you know how much I cared about you :(

Yes I do really wish you know how much I cared about you. Ya maybe before ni salah saya buat awak menunggu tapi saya tak berniat buat awk mcm tu sebab saya tahu saya sendiri sayangkan awak. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya tahu awak banyak berkorban untuk saya selama ni saya tahu tu. Saya tahu awk sayangkan saya dan saya pun sayangkan awak saya nak awk tahu tu. Awk tahu tu je dah cukup bagi saya, awk :') Saya mmg silap besar atas apa yang saya dah buat pada awk sebelum ni tapi hanya Allah SWT je yang tahu keadaan saya masa tu awk. Saya tahu awk titiskan air mata awk sbb saya, saya tahu tu. Saya nampak keikhlasan awak sayang :') Walaupun saya kongsi masalah dengan kawan saya, tapi tetap Allah je yang tahu mcm mana keadaan saya masa tu awk. Saya betul betul tersepit dan saya menyesal sangat sbb lambat buat keputusan. Sangat menyesal. Tapi sebab yg menyebabkan saya lambat ambil keputusan sbb saya betul betul fobia jalinkan hubungan dengan kawan baik saya sendiri. Saya taknak friendship antara kita putus kalau selepas kita "putus" kita gaduh. Saya taknak benda tu jadi lagi saya betul betul taknak. Saya sayangkan friendship kita dan saya sayangkan awk. Saya mmg tak boleh jauh dari awk dan saya mengaku tu. Tapi saya tahu sekarang saya dah terlambat untuk semua tu. Saya lambat buat keputusan dan sekarang saya "hilang" awak. Walaupun awak dah 3kali cakap awk tak ada perasaan lagi dgn saya, saya tetap simpan perasaan saya pada awk. Saya hanya mampu care tentang awk melalui kawan kawan awk je. Hampir setiap hari saya akn tanya kawan awk, "Dia sihat?";"Dia okay tak?". Mcm mcm soalan saya akan tanya dan saya akn pesan pada diorang tolong jaga awak, tengok tengokkan awak. Walaupun awk tak sedar dan tak tahu apa yang saya buat ni, saya tak kisah. Yang penting saya tahu keadaan awak :') Hampir setiap hari saya ingat awak, saya akn text kawan awak untuk tanya khabar awak tanpa awak sedar. Awak senyum dan happy depan mata saya pun dah cukup memadai. Walaupun sakit, saya tetap tahan untuk tidak nampak lemah depan awak. Saya mmg tak boleh jauh dgn awak dan saya tak boleh tengok awk dgn perempuan lain tapi saya tahu saya tak boleh buat apa apa melainkan relakan hati yang sakit ni. Saya akan sentiasa beada di sisi awak walaupun tanpa awk sedari. Maafkan salah silap saya, saya sayang awak dan persahabtan kita yang dulu. Salam :')

LOVE.

Love yess love I'll talk about love today. Actually Love ada banyak maksud okay sama ada antara kawan or the "special one". K but now F akan share pasal "Love" antara kitaorg. Diorang Bestfriend F :)
Ayy, Ena, Fara Shahida, Feera, Kina Seha, Aini, Nisa Puteri, Nisa Begum, Eqa Datin, Kina, Dayah. Diorang ni boleh tahan rapat dgn F, selalu lepak sama sama and makan sama sama. I just love them so much. serious talk. This is us with out uniform hahaha




Ni kiteorg dgn uniform hehhe comel tak? Tahu dah hahaha taklah gurau je. Just hope friendship kita berkekalan amin.. :')

2 months posting jauh :(

"2 bulan" bukan sekejap pada F. 2 bulan tu mcm mcm boleh jadi mcm mcm boleh kita buat sama sama. Everyday. Every night. Yess 2 months tu actually F and classmates F semua posting mmg jauh jauh. Dari Selatan ke Utara semua ada, mmg semua kena campak mcm tu je bersepah hahha. But yeah ni akan jadi 1st experience kiteorg posting dkat hospital and especially pergi negeri orang. Kan kan? :') Yang rapat dengan F semua posting jauh if area Jb pun ade sama dgn F tapi tak sama hospital lah. Alaa normal lah tu kan semua student nurse akan rasa tu. F posting KPJ Puteri Specialist Jb. Ni haa hospital F nnti ceh hahha

Alhamdulillah F dapat area Jb je. Housemate F mostly dapat sampai ke Utara lagi kesian diorang jauh dgn parents. Tapi takpe lama lama nnti inshaAllah diorang akan dapat biasakan diri jugaa kan? InshaAllah. Amin.. :')
Ayy, Fara Shahida, Ena, Feera, Ezat, August, Kina Seha, Aini, Nisa Puteri, Nisa Begum, Kina, Eqa Datin, Dayah, Yaya, Kak Wawa, Lyna, Bell, Aina. Diorang ni semua rapat dengan F and diorg semua posting mmg jauh dari F. Ada KPJ Damansara, KPJ Ampang Puteri, KPJ Ipoh, KPJ Kuantan, KPJ Kedah and KPJ Johor Specialist.

2 bulan tu if 1st experience ni mmg awkward lah jauh dgn classmates yg dah 4 bulan sama sama kan itu mgm setiap org akan rasa tp apa boleh buat. Ni lah lumrah jadi student nurse so terima jelaa yg penting perform well dkat hospital nnti. Masing masing posting jauhkan so yang boleh connect kan kiteorg cuma Instagram, Facebook Group, Twitter and of course Skype hahha. Skype tu mmg wajib every weekend inshaAllah kiteorg skype. Tu pun if free lah hehhe inshaAllah free kot :')

Saturday, 20 July 2013

What's happening here? :O hahahaha

Apa ni apa ni apa ni? hahaha my classmates mmg mcm ni. Asal ada waktu yang terluang je mesti mmg waktu diorang utk tidur dlm class especially bila habis je lecturer mengajar. Peh mmg yg boys sedap amik position masing masing utk tidur. See? Look at em
Sir Nazmi lambat masuk so nilah jadinyaa... hahahah From left; Kechik, Shark and Murtadha.

Shhhhh Mur and Shark was sleeping. The cousins serupa gila bila tidur hahahah

Benda ni biasalah dkat mne men college pun especially the boys. Tipulah boys tak tidur dlm class an? Even me in the class. Bila ngantuk sgt mmg fara pun TERtidur. Nak nak bila class Anatomy mmg peh mengantuk gilaaaaaaa seriously look at my face when I was sleeping
 Lecturer tak ade, so apa lagi hahaha

Tunggu Sir Nazmi tak masuk masuk masa ni. :( So.... tidur. hahaha

Chill. This is what we called "College Life" hahahah K dah ni je fara nak share. Boboi assalamualaikum semua ;)

Persahabatan yang kekal. InshaAllah. Amin.. :)

Asslamualaikum and hi people :) Lama tam ber-blog ni semua, lama tak update benda alah ni. Dah lama tinggal since masuk college on last May. Syukur alhamdulillah dah 2bulan lebih fara study dkat KPJ International College, Jb Branch. 1st month belajar dkat sana mmg fara admit the 1st tough month I ever had in my life. Idk why maybe because of the subjects. Anatomy. But lama lama I can bear it because mne mne belajar akan lalui benda yang sama and tak ade benda yg mudah dlm hidup ni betul tak? So just take a positive side and keep struggling for a distinction results.

K now lupaka dulu apa yg fara membebel dkat atas tu. Attention untuk title fara harini pulaa hahah. Okay actually tajuk "Persahabatan yang kekal. InshaAllah. Amin.. :)" tu fara nak share pasal bestfriends fara dkat college ni.Ayy, Farah Shahida, Ena, Aini, Nisa Puteri, Kina, Feera, Nisa Begum and Wani. Diorang nis emua mmg paling rapat dgn fara since fara study dkat college ni but antara diorang ni, yang paling rapat dgn fara Ena, Ayy and Farah Shahida and anothe one Khairul Rifaat yang kiteorg semua panggil dia Kechik. Fara admit fara mmg rapat and gila pun mmg paling gila dgn housemate fara and kechik. Diorg jelaa yg tahu mcm mana fara and gila fara yg sebenar. Problems, gossips even benda happy pun kiteorg share sama sama. Ni gambar kiteorg dkat sana
 K yang atas ni gambar ramai ramai including Kechik and Murtadha :)

 During the drama presentation w/ Ayy and Farah Shahida :)

 w/ Ayy and Ena :)

Chilling w/ my housemates. From left; Ayy, Aini, Nisa Begum, Nisa Puteri, Ena and me. *Not in the picture; Wani, Feera, Farah Shahida and Kina*

Nothing much about us but I just love my friendship w/ them. The're just like my family including my Loveee Naquiah Khalid, Hidayah Shamsudin, Zaida Zayana, Dian, Aishah Nadhirah, Iman Shahirah, Adelyna Adnan, Helina Hamdan, Mimie Hassan and Nur Wafa. I love you guys so much and I'm hoping that our friendship will never end. Heart. :')

Saturday, 1 June 2013

Awesome classmates, housemates and roommates!

Hay peeps! Assalamualaikum for Muslims. Haa syukur alhamdlillah harini fara rasa happy entah kenapa bt whatever it is, alhamdulillah sbb dikurniakan rasa mcm ni. Alhamdulillah :)
So "awesome classmates, housemates and roommates" haruslah about my college life right? Nahh yeahh it is heheh again alhamdulillah fara dapat classmates, housemates and roommates yang sangat baik and very understanding. We can respect each other, tolerate to each other and all that. It is not that easy lah to find that kind of classmates, housemates and especially roommates because yeahh we need to help each other in everything right? and yess they are so amazing seriously. Haa almost everyday fara ada presentation and at least 2 presentation in a day. Mula mula mmg mcm "Like seriously 2 presentation in one day?" but lama lama dah biasa so tak jadi masalah lah. And syukur alhamdulillah jugaa lama kelamaan I can imprve my english language and in writing. Because when we have to present something and at least 2 presentation in one day and speak in English not in BM, benda tu boleh buatkn kita improve english kita even mula mula we sepak in a broken english. It's okay and thats normal lah firsly in broken english but then they can speak in a good english language. Practice makes perfect. Trueeeeeeeeeee! So bawah ni ada lah gambar fara and classmates fara dkat sana. So see ya! Assalamualaikum :)
Classmates. Housemates. Roommates.
Boys classmates. Just half of them and for the right side is my president. The coolest president I ever had.
and this is my seniors. Awesome seniors #Cohort6 on The Nurses Day Celebration.


Saturday, 18 May 2013

College life. :)

Hay there! Assalamualaikum semua :) yeahh fara balik weekend ni haa. Oh so heaven bila dapat balik weekend. Lepas rindu dkat family and of course masa yang secukupnya utk tidur hahaha yelaa dkat college mmc tak ade masa nak dapatkn "tidur yg secukupnya". Hm busy lah jugaa but it was seriously awesome! Alhamdulillah semuanya okay. and Fara bersyukur sangat sbb fara dapat housemate, roommate, classmate and senior yg baik. Syukur alhamdulillah.. and I tell you what. College fara boleh tahan ramai kot yg bernama "fara". Housemate fara pun ade nama fara, classmate fara pun ade yg nama Fara. Senior fara pun ramai yg nama Fara. So yeahh nickname pun rmai yg panggil fara hahaha yang penting semuanya okay tu je pun dah cukup lah buat fara. Semuanya boleh brtolak ansur, boleh buat discussion if kne buat any discussion. Senior pun senang nak brtukar idea dgn kiteorg so alhamdulillah lah okay. Ni ade sikit gambar dkat sini heheh


Muka innocent pakai spect dlm class. Sebelah tu Farah Shahida. Housemate, roommate, and my classmate :)

Wednesday, 8 May 2013

What a sad moment. :(

Hi asslamualaikum semua :) Hm nmpak kan title blog fara hairni ape? yepp fara tengah sedih sebenarnya ni. Tulis blog ni pun mcm nak nangis ah seriously. Actually, fara dah nak sambung belajar dah 2 days left for me :( I think this is the best way for me and especially for my life lah. My future. Indeed. yang buat fara sedih ni hm biasalah nak tngglkna rumah, family and my bestfriends. Ah I'm gonna miss them lah seriously :( Bila berfriend fara tweet/text/chat fara wish goosluck, jaga diri and diorang akan doakan fara berjaya semua. I was like Ya Allah yess they're my bestfriends. They always stick with me no matter what. Hm mcm rasa terharu pun ade, sedih pun entahlah mcm mcm perasaan brcampur skrg ni. Especially bila dgr ayat diorg "InshaAllah kau boleh. Aku doakan kau berjaya dkat sana okay :)". Fara tahan je air mata ni. Seriously sgt sedih. Terharu. Speechless. Allah SWT je yg tahu mcm mne perasaan fara bila diorg support fara mcm tu. Very supportive. Bersyukur sgt dapat kawan mcm tu. Kawan dari sekolah rendah and stick smpai skrg even jarang jumpa. Babe, seriously I love you guys so much. Please stay with me no matter what. :'( They always with me. Seriously fara takkan pernah lupakan diorang because this is what we called "Friendship". Kitaorg selalu ucap " Loveyouu babe" antara satu sama lain. Laugh together. Talk together. Semuanya bnyak sama sama.Perkataan "Loveyou babe" or "Miss you babe" ni mesti akan keluar dari mulut salah seorang antara kiteorg. Always. Buat kerja gila pun smeua sama sama. Ya Allah I'm gonna miss you guys lah :'( But this is life. Sometimes mmg dah smpai mse untuk kita "split" untuk cari masa depan masing masing but "Friendship is still friendship".I miss you and I love you Aisyah Nadhirah, Naquiah Khalid, Hidayah Shamsudin, Iman Shahirah, Zaida Zayana, Dian, Adelyna Adnan, Wafa, Helina and Mimie Hassan. Stick together babe :')




This is all about Friendship. :)

Thursday, 2 May 2013

One big step. Future.

Assalamualaikum semua and hayy people! Haa lama tak update blog ni. Busy sikitlah sekarang. Actually post kali ni pasal yea pasal future fara. "One big step. Future" tu pada fara memang satu title yang quite tough for me to describe lah. Idk why but maybe I'm totally confused. What should I take? Is it TESL in Uitm or Nursing in KPJ? Ya Allah fara just taknak salah plih bcause yea about my future kan. Mmg nampak simple je nak pilih but for me, it's not that easy lah. Sekali salah pilih, maybe fara boleh hilang arah tuju. Fara taknak mcm tu but this is lfe. Life always has ups and downs right? If I take TESL, fara dah boleh nmpak lah kerjaya fara as an English teacher or English lecturer. Salah satulah, but if I take Nursing in KPJ, fara dah boleh nmpak future fara mmg as a nurse. I interested in nursing actually. Dah lama minat but ni pasal future kan so taknak pilih lah. Even nurse pun kerja dkat hospital doesn't mean we cant be happy with our carrier right? We can if we want to. seriously. My dad pun cakap "Whatever it is, you must enjoy your life, enjoy your carrier". and I think it's true lah seriously yes it is. Tapi tulah, if fara amik nursing, life fara mcm berubah lah serta merta tak mcm mmber fara yg lain. Fara diploma dah kerja if I choose nursing lah. But amik nursing dkat KPJ ni pun mmg banyak sgt benefit dia. Tersangat banyak, and if Fara betul struggle, inshaAllah I can go to Arab and kerja dkat sana. Then balik M'sia, boleh demand gaji bcause the reason is fara dah pergi Arab. Kan best tu hahaha tu mmg benefit dia yg paling fara rasa "woww amazing gila". Yela siapa taknak kerja overseas kan then paymennt Arab pun 15000 a month. Weh 15K weh siapa taknak hahaha I WANT IT BABE I WANT IT! This is about my future, fara taknak main main lagi dah. Cukuplah smpai form 5 je fara main main. If I talk about my future je mmg muka fara boleh berubah serta merta. serious talk. Fara nak struggle utk dapatkan scholar KPJ for degree then boleh kerja overseas. Boleh pilih kita nak dkat mane but yang famous selalu orang amik Arab or UK. But if Fara, fara prefer Arab lah. Even fara tak amik bio mase form 5 ust physics and chemistry but if I want it then I'll fight for it. Fara bukan beria nak pergi Arab sbb gaji tnggi no seriously bukan sbb tu but fara rasa dah sampai masa fara be independent. Cari duit sendiri, ada saving sendiri. Fara nak buat semua ni just utk balas jasa parents fara yg selama ni dah bnyak berkorban utk fara. Fara nak tengok diorang happy je dgn kejayaan fara. Tu perkara pertama kenapa fara betul betul nak struggle utk diploma in nursing ni. InshaAllah if niat kita baik, Allah permudahkan segaanya. InshaAllah..Amin.. :)

InshaAllah fara masuk college ni untuk diploma in Nursing. In JB lah :)

Wednesday, 13 February 2013

As a Muslim....

Assalamualaikum kepada semua umat Islam. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Amin :)
        Title Fara kali ni, "As a Muslim.....". Mesti tertnanya-tanya kenapa tajuk kali ni "As a Muslim". No actually Fara ade cerita yang nak dikongsikan dkat sini. Pasal penganut Christian yang nak peluk Islam tu jugaa. I'm so touched when I read his story just now like seriously. Dia betul betul nak peluk Islam tapi parents dia tak bagi dia peluk Islam. Sebab atuk dia "Father" dkat Church so ayah dia tak bagi dia peluk Islam. Dia taknak jadi anak derhaka, parents dia tak bagi dia peluk Islam. Dia dah minta izin ayah dia untuk peluk Islam tapi ayah dia agak marah jugaa dengan dia after dengar dia nak peluk Islam. Dengan sesetangah umat Islam sendiri yang sanggup bash dia sebab dia nak peluk Islam. SubhanAllah they shouldn't do that to him. Dia ihklas nak peluk Islam, kenapa perlu diapandang rendah? Kenapa perlu bash dia? I tell you what, He said : I have asked my parents just a while. They said that "You can embrace Islam but dont ever come to this house again" :'( lot of challenges hm". Ya Allah berat dugaan dia, tetapi kenapa orang pandang rendah dengan keikhlasan dia untuk memeluk Islam? Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk memeluk Islam, memahami Islam. They shouldn't do this to him but its okay Ary, you have to stay strong to face all the trials. I know you can do this and As a Muslim, I think we should always support him. He needs us to support him, kalau bukan kita untuk tolong and support dia untuk dia peluk Islam, siapa lagi yang nak tolong? Dia bersungguh-sungguh untuk cuba memeluk and memahami Islam and we as Muslims, should always support him no matter what. Terharu sangat after baca cerita dia bila ayah dia marah dia nak peluk Islam. But I know he is strong enough to face it, I know that. As a Muslim, tak salahkan kita support dia? Tak salah kalau kita sokong, and tolong orang ingin ke jalan yang benar. Kita bimbing orang ke jalan yang benar itu besar pahalanya. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya :) Mungkin sekarang dia susah untuk memeluk Islam disebabkan tentangan daripada ayah dia, tetapi mungkin dengan izin Allah SWT, Allah akan buka pintu hati ayah dia. Siapa tahu kan? Memang, bila kita ingin berubah ke arah kebaikan, menuju ke jalan yang benar. Memang bertindih dugaan yang akan kita terima. macam macam jenis dugaan tetapi ingat, Allah SWT takkan bagi kita "ujian" itu kalau kita tak cukup kuat untuk menghadapinya. Itu semua ujian untuk kita, lagi sayang Allah pada kita, lagi berat ujian yang Allah beri pada kita. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Allah itu Maha Adil, setiap kepahitan yang kita terima sekarang, akan Allah gantikan dengan kemanisan. Kita hanya perlu sabar dan tawakkal pada Allah. Berserah pada Allah kerana sesungguhnya Allah berkuasa ke atas setiap satu. Memang kesian bila tengok ayah dia tak bagi dia peluk Islam, kena marah dengan ayah dia tetapi mungkin itu "ujian" yang harus dia lalui sepanjang perjalanan untuk menuju ke jalan yang benar, agama yang benar. Jadi kita sebagai orang Islam, bersyukurlah kerana kita telah pun dicipta untuk menjadi orang Islam dan sokong sesiapa yang berusaha utuk memeluk Islam. Mungkin sekarang dia susah untuk memeluk Islam, tetapi dengan izin Allah SWT, suatu hari annti mugnkin dia dapat jugaa memeluk Islam.
**Perkembangan terbaru nanti Fara share dkat sini, InshaAllah sama sama kita support dia. Assalamualaikum semua :)

Islam is a true religion.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah I'm still breathing this morning and its because of Allah SWT. Without Allah, I'm nothing. I'm not perfect but I'm so thankful for what I have now. Syukur Alhamdulillah.
          Boys and Girls, boleh nampak kan title blog Fara harini? Yess It's about Islam. Islam is a true religion and Alhamdulillah I'm born as a Muslims. Muslims, we should be more grateful because Allah has chosen us as a Muslims. Apa yang Fara boleh cakapkan dkat sini, Fara rasa terharu sangat after baca tentang seorang lelaki yang beragama Christian berusaha untuk memeluk Islam. Ya Allah, bila Fara renungkan balik. Betapa untungnya kita dah dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang yang beragama Islam. Budak tu Christian, parents dia semua penganut agama Christian. Tapi, budak tu berusaha untuk menganut Islam. Dia curi-curi buka rancangan Ustaz Azhar Idrus tanpa pengetahuan family dia. Bila Fara terbaca status dia, Fara rasa terharu sangat. Syukur alhamdulillah  Allah telah memberi dia hidayah. Dia bersusah payah, berusaha untuk menjadi menjadi orang Islam, tetapi kita? Kita yang dah beragama Islam still susah untuk ikut ajaran Islam sebaik mungkin. Still susah nak tengok rancangan Agama, still susah untuk menjaga solat 5 waktu. Ya Allah kita dah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi orang Islam, kita yang dah dipilih oleh Allah tetapi kenapa kita tak sedar betapa untungnya kita. SubhanAllah betapa besarnya kuasa Allah SWT. Bila difikir balik, Fara rasa malu sangat sebab budak tu teringin and berusaha sedaya upaya untuk memahami Islam, memeluk Islam. Fara rasa malu sebab Fara yang dah beragama Islam masih tak ikut ajaran Islam dengan sempurna. Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku mahupun yang kecil ataupun yang besar. Ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Kita tak fikir ada orang yang lagi susah dari kita selama ni. Orang yang bukan beragama Islam tetapi ingin memeluk Islam sentiasa bersa Islam itu sangat indah. Tetapi kita sebagai umat Islam yang telah dipilih Allah? Masih mengabaikan ajaran Islam, sesetengahnya menganggap Islam ini leceh kerana perlu menutup aurat, menjaga solat 5 waktu, membuat amalan sunat. Ya Allah, bila difikirkan balik, dunia ni hanyalah sementara. Kita tak tahu bila ajal kita, kita tak tahu bila Allah akan menarik segala nikmat yang telah diberi oleh-Nya. Kita takkan tahu semua tu kerana itu semua rahsia Allah SWT. Tetapi kita tak sedar benda tu semua, kita cuma inginkan keseronokan di dunia yang sementara ini sahaja. Kita leka dengan keseronokan dunia sampai tak fikir Azab di akhirat nanti. SubhanAllah Islam itu mudah dan indah jika kita menganutnya dengan sebaik mungkin. Mengikut ajarana Islam sebaik mungkin. Menitis air mataku dikala mengenangkan nasibku dia akhirat kelak. Menitis air mataku apabila melihat seorang yang beragama Christian berusaha untuk memeluk Islam, berusaha untuk menonton rancangat agama. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan hamba-Nya yang berusaha untuk memeluk Islam dan memahami Islam. Amin
          *Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Amin* Assalamualaikum :)

Tuesday, 22 January 2013

FRIENDSHIP. :)

Hi guyss! Assalamualaikum semua and have a nice day. I think I'm gonna talk about "FRIENDSHIP" tonight. Semua orang ada freindship dia masing masing right? Same goes with me lah but sometimes as we know that nobody can be perfect. Am I right? Yess we know that, we all know that. People always make mistakes, we cant run from any mistakes. "Mistakes" is just like a part of our life isn't it? Hm I'm honestly I do love my bestfriends, I love them so much. For me, they're my everything. Without them, I feel "empty". I've 6 besties and they're very cool, crazy, weird, love to do some stupid things together. They're Naqya, Echaa, Iman, Zaida, Hidayah and Dian. What can I say about them is, thye're very understanding. Kiteorg dah lame kenal, since Standar 4. Its quite long lah I think because some of them yang kawan dah lama but still ada yang tikam belakang mmber sendiri lah, pentingkan diri sendiri lah, tak appreciate mmber sendiri lah. Its a lot lah. Tapi, Fara bersyukur sangat sbb dapat kawan macam diorang 6 orang ni. Mane Fara pergi, diorang mesti ada dengan Fara. If Fara ade problem even Fara tak sempat bgtahu enam enam sekali, mesti orang kedua/ketiga dah tahu problem Fara. Susah nak dpat kawan yang always stick dengan kita masa kita susah sekarang ni but Alhamdulillah sangat Fara dapat. Kiteorg suka share everything together, chilling together, watching movies together and even shopping together. If time sekolah dulu, dlam class if Cikgu tak masuk, tal sah if kiteorg tak berkumpul same same and berbual kosong and benda sengal. hahah like seriously I miss it! They just too perfect for me even not for others. Kiteprg banyak kali jugaa gaduh sampai ade yang tak bertegur sebulan tahu tak! Ya Allah mase tu memang kiteorg hampir berpecah. Tapi ada hikmah di sebalik benda ni semua and Allah je yang tahu. Tu semua dugaan dalam Friendship kiteorg selama berkawan selama 8 tahun. 8 tahun kenal, 8 tahun kawan, 8 tahun tu jugaa lah banyak ajar kiteorg dlam Persahabatan. Even lama mne pun kiteorg tak bertegur, at last masing masing nangis and minta maaf antara satu sama lain. Mase tu cuma Allah je yang tahu betapa gembiranya kiteorg bila semua berbaik balik. Sampai kalau kiteorg tak duduk sama sekejap pun, mesti akan ade Cikgu tanya, "Awak gaduh dengan dia ke?", "Aik, pelik korang tak duduk sama. Selalu duduk same, Asal? Gaduh eh?". Sampai cikgu pun dah tahu sangat kiteorg macam mane kalau dah sampai bekal pun bawaa pergi sekolah and share same same. Kne marah dengan cikgu disiplin pun same same. This is what we called Friendship. Whatever it is, I miss them so much, I love them with all my heart. Love you my Darlaaa :')

Sunday, 20 January 2013

PAVLOVA!

Holla people! K title kali "Pavlova". My favorite creamy-cake was very very very amazing! Sedap gila lagi lagi kalau letak cream dia and fruits banyak banyak. Ya Allah nikmatnya, K Farah plan nak buat Pavlova, bt not sure bila lah sbb nak kne beli bahan bahan dia lagi kan but excited gila nak buat. Because rasenya Pavlova ni memang susah nak dpat dekat luar sanee, buat sendiri lagi bagus. Lame lah juga tak makan Pavlova, last makan mase ade makan makan dkat rumah kawan. Tu pun dia yang buat sendiri Pavlova tu. farah sempat jugaa lah tolong tolong sikit, potong buah anggur, strawberry and all that. Sapukan cream dia memang pehh lah Farah cakap. Hahah Farah adelah ingat step buat dia sikit sikit, but kne refer internet jugaa sbb takut salah buat. Muahaha K bawah ni Farah ade letak recipe Pavlova ni, yang Farah dapat dri Internet lah. InshaAllah boleh. Ni fara share lah dengan korang.

RECIPE. PAVLOVA.

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 4 biji telur ( ambil putih sahaja)
  • 1 cup gula kastor
  • 1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna)
  • buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa.
  • UNTUK TOPPING ;-
  • 1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 teaspoon vanilla
  • #boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.
CARA MEMBUAT.

  1. pukul putih telur sampai kembang. jangan lupa masukkan la sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis.pukul sebati.
  2. putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
  3. kemudian ayakkan tepung jagung ke dalam nya.dan jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar.kacau dengan cara balik kuap.
  4. masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak.ratakan...bentukkan sesuka hati ikut citarasa andA.
  5. bakar 150 celcius selama sejam. bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. jika retak sedikit tidak mengapa.kemudian keluarkan dari oven
  6. untuk topping,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
  7. guna sudu ratakan atas pavlova.bolehlah susun buah diatasnya.
  8. sedia untuk dimakan. boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan pun ok...ikut tekak anda... selamat mencuba...
Fara nak cuba buat so wish me luck guys! and siapa nak mencuba, all the best. hehe Assalamualaikum semua :)

UPU. Dip. Undang-Undang or Asasi Undang-Undang?

Hello peeps! Assalamualaikum semua, and have a nice day. Sihat? If sihat, alhamdulillah lah. If you're not feeling well then please take your medicines and take a good care of yourself okay? Hm nampak kan title Fara harini? Yess about UPU. Ya Allah actually Fara pening sangat bila fikir pasal UPU ni. Betapa kusutnya fikiran ni bila fikir pasal benda alah ni. Entah kenapa, takut salah pilih course yang sesuai untuk Fara. Actually bnyak Fara minat especially in Law but but but some poeple said kan, Law is quite tough tau. And bila Fara apply UPU haritu, dia tak ade Diploma Undang-Undang cuma ada Asasi Undang-Undang. If Diploma Undang-Undang, its quite easy than Asasi Undang-Undang tau. Mama pun cakap Asasi is too tough especially yang Fara nak amik ni Law. A lots ot things Fara nak kne baca and memanglah Asasi ni 1year and ada 2sem je but 1year tu pun memang kne struggle habis. Because kakak sulung Fara pun amik Asasi jugaa bfore this but dia Asasi Hayat, in medic lah. Memang dia sendiri cakap Asasi is quite tough. If dia sendiri dah cakap macam tu, apatah lagi Fara ni. Asasi ni just 1year and got 2sem then if lulus, boleh terus sambung Degree. Nampak mudahkan? But sebenarnya susah. Kakak fara tu pun macam stress habis bila dah pertengahan tahun amik Asasi but alhamdulillah lah she can handle it. Farah ada jugaa apply Mass Communication, TESL, and Bussiness. Mass. Comm tu Fara letak 1st choice lah sbb mama suggest letak tu as my 1st choice. 2nd choice, Fara letak TESL. InshaAllah I can do it untill PHd. And the 3rd choice Fara letak Asasi Undang-Undang, if ada Diploma in Law Fara takkan amik Asasi tu. Serious talk. and the 4th choice for the first four choice, Fara letak Bussniess. Tapi Fara rasa Fara nak ubah balik. Mass. Comm and Law memang Fara stay. But Bussiness and TESL, maybe Fara tukar. Maybelah not sure lagi. Fara taknak salah pilih course, if salah pilih boleh bagi impact yang besar dlam hidup Fara. Hm peninglah, seriously pening. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku. Amin. Later Fara share lagi, Assalamualaikum :)

Latest Me.

       Okay first of all, Assalamualaikum for Muslims and Hi guyss! Actually dulu selalu jugaa bukaa, edit, posts blog ni but then lama tak bukaa so terbiarlah dia. So guyss, maybe this is the Latest Me. What I mean is, I've removed all my posts before this and I've "replaced" with a new one and perhaps this is more fun for you. Because this is a part of my life actually and I'll share with you guys. Maybe in the past I dont tend to this blog, I'm lame. Seriously you can see that if you know me very well guys. But I've changed nowadyas. Not so but a little maybe haa whatever it is, I will always have to say Alhamdulillah because bukan berubah ke arah keburukan but ke arah kebaikan. Dah bertudung, no more free-hair for me unless when already married. Mehehe a lot actually but one by one lah Fara share okay? Rasenye dah dalam 2years something Fara tak on, edit blog ni. Its quites long right? Entah kenapa maybe busy study kot because of my SPM mse tu. And now I'm back! Me with my new life, new story, new hopes and a lot. Semuanya baru, maklumlah 2013 lah katekan. Muahaha Sepanjang 2years tak posts blog ni, macam macam perkara berlaku dlam hidup Fara ni. Memang obvious after Fara dah mula bertudung, tapi Allah Maha Adil kan? He knows everything about me, He can hear everything and He knows what I feel inside. Just Him, Allah SWT. Tapi Fara bersyukur sangat sebab Fara boleh hadapi semua ni dengan tenang even sometimes sesuatu perkara tu sangat berat and menyakitkan hati Fara. But we all know, Allah Takkan bagi kita "ujian" if kita tak cukup kuat and tak mampu untuk menanganinya kan? So thats whylah since then Fara rase ada hikmah di sebalik kejadian ni semua. Ada hikmah kenapa Fara "dapat ujian" sebegitu. Ada hikmahnya, cuma Allah je yang tahu. And sekarang Fara boleh nampak kenapa Allah bagi Fara ujian sebegitu. Perkara tu buatkan Fara lagi matang, tenang and banyak sabar dalam setiap perkara. Alhamdulillah, Fara bersyukur sangat. People can say anything about you, but just one thing they cant do. They cant feel what we feel inside. Maybe I should go now, so see you later! Assalamualaikum semua :)