Wednesday, 13 February 2013

Islam is a true religion.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah I'm still breathing this morning and its because of Allah SWT. Without Allah, I'm nothing. I'm not perfect but I'm so thankful for what I have now. Syukur Alhamdulillah.
          Boys and Girls, boleh nampak kan title blog Fara harini? Yess It's about Islam. Islam is a true religion and Alhamdulillah I'm born as a Muslims. Muslims, we should be more grateful because Allah has chosen us as a Muslims. Apa yang Fara boleh cakapkan dkat sini, Fara rasa terharu sangat after baca tentang seorang lelaki yang beragama Christian berusaha untuk memeluk Islam. Ya Allah, bila Fara renungkan balik. Betapa untungnya kita dah dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang yang beragama Islam. Budak tu Christian, parents dia semua penganut agama Christian. Tapi, budak tu berusaha untuk menganut Islam. Dia curi-curi buka rancangan Ustaz Azhar Idrus tanpa pengetahuan family dia. Bila Fara terbaca status dia, Fara rasa terharu sangat. Syukur alhamdulillah  Allah telah memberi dia hidayah. Dia bersusah payah, berusaha untuk menjadi menjadi orang Islam, tetapi kita? Kita yang dah beragama Islam still susah untuk ikut ajaran Islam sebaik mungkin. Still susah nak tengok rancangan Agama, still susah untuk menjaga solat 5 waktu. Ya Allah kita dah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi orang Islam, kita yang dah dipilih oleh Allah tetapi kenapa kita tak sedar betapa untungnya kita. SubhanAllah betapa besarnya kuasa Allah SWT. Bila difikir balik, Fara rasa malu sangat sebab budak tu teringin and berusaha sedaya upaya untuk memahami Islam, memeluk Islam. Fara rasa malu sebab Fara yang dah beragama Islam masih tak ikut ajaran Islam dengan sempurna. Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku mahupun yang kecil ataupun yang besar. Ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Kita tak fikir ada orang yang lagi susah dari kita selama ni. Orang yang bukan beragama Islam tetapi ingin memeluk Islam sentiasa bersa Islam itu sangat indah. Tetapi kita sebagai umat Islam yang telah dipilih Allah? Masih mengabaikan ajaran Islam, sesetengahnya menganggap Islam ini leceh kerana perlu menutup aurat, menjaga solat 5 waktu, membuat amalan sunat. Ya Allah, bila difikirkan balik, dunia ni hanyalah sementara. Kita tak tahu bila ajal kita, kita tak tahu bila Allah akan menarik segala nikmat yang telah diberi oleh-Nya. Kita takkan tahu semua tu kerana itu semua rahsia Allah SWT. Tetapi kita tak sedar benda tu semua, kita cuma inginkan keseronokan di dunia yang sementara ini sahaja. Kita leka dengan keseronokan dunia sampai tak fikir Azab di akhirat nanti. SubhanAllah Islam itu mudah dan indah jika kita menganutnya dengan sebaik mungkin. Mengikut ajarana Islam sebaik mungkin. Menitis air mataku dikala mengenangkan nasibku dia akhirat kelak. Menitis air mataku apabila melihat seorang yang beragama Christian berusaha untuk memeluk Islam, berusaha untuk menonton rancangat agama. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan hamba-Nya yang berusaha untuk memeluk Islam dan memahami Islam. Amin
          *Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Amin* Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment